Assalamuallaikum,
Harini sebenarnya entri post aku takda kaitan dengan tajuk. Paling-paling pun 20% je berkait rapat.... kira halal lah tu. Apa-apa pun tujuan aku tulis entri ni adalah persoalan yang aku sering hendak persoalkan. Patut atau tidak pelajar sekolah bercinta? Sunat? Perlu? Sunat muaakad?
Aku bukan pakar cinta. Bercinta pun tak pernah, honestly, tapi kalau menurut dari pandangan aku, bercinta sewaktu di sekolah menengah membuang masa. Seriously, waste of time. Why? let me enlighten you then~
1. Buang masa dan duit.
Pelajar kena tahu yang bercinta ni memerlukan komitmen yang tinggi dan pengorbanan masa untuk si dia. Mesti semua cakap yang mereka sanggup, tapi hello? sila gerakkan otak anda semula. Adakah anda sanggup meluangkan masa yang banyak untuk si dia sampai sanggup abaikan pelajaran? Kalau korang argue dan cakap yang "Saya tak selalu ber-calling dengan Bf saya. Jadi saya boleh fokus" . Aku akan gelak bila orang cakap gini cause apa guna nak couple bila teman istimewa kamu tak layan? baik jadi kawan je, senang cerita. Lagi-lagi yang dekat SPM, mak aiiii~ korang jangan nak main-main.
Untuk lelaki korang akan habiskan banyak duit kepada Gf korang. Ingat perempuan yang belanja ke? tak gentleman langsung~ setiap kali birthday Gf mesti ada bagi hadiah kan? At least mesti sekurang-kurangnya ada bagi top-up seminggu sekali. Setiap minggu keluar dating mesti belanja. Mana nak dapat semua pendapatan tu? bagi lelaki bekerjaya tak apa, yang masih bersekolah guna duit parents tu macam mana pula? Susah der~
2. Kata-kata "kalau tak cari sekarang, nanti kalau dah ada kerja takda pasangan hidup. Sampai tua takda pasangan".
Aku pernah dengar lebih kurang gini ayat dia, tapi korang kena ingat yang tak semua relationship yang korang pertahankan akan sampai ke jinjang pelamin. Ni true story, kawan aku ada bf yang sangat caring dan understanding, sampaikan bila cikgu aku (Cikgu T yg awesome. always there to help us) cakap yang mustahil relationship diorang akan bertahan, kawan aku tak percaya. Pertengahan bulan, dia dapat tahu Bf dia curang dgan best friend dia sendiri. Parah betul efeknya.
Memang betullah bila ada pepatah yg mengatakan "apa yang kita mahu tak semestinya baik untuk kita". Eh? bukan pepatah ke? Berbalik kepada paksi kebenaran, kita semua dah ditentukan jodoh masing-masing. So bagi pelajar, please be patient and continue your studies first.
3. Dugaan yang menduga kecekalan kita.
Berdasarkan cerita kawan aku tadi, efek dari dugaan yang dia terima cukup jahanam. Bayangkan Murung berterusan, pelajaran ditinggalkan..... dan SPM semakin dekat. kemudian bermulalah episod "Aku nak murung sampai 3 minggu berturut-turut!!". Nak marah tak boleh pula, tambah frust kawan aku tu. But thank god, kawan aku perlahan-lahan semakin pulih dari kesedihan.
But what i truly want to say here is, cuba jangan bercinta dahulu. Kalau tetiba diduga relationship korang, tentu korang akan sedih memanjang. Tambah-tambah lagi kita remaja yang masih mempunyai masalah mengawal emosi. Emosi remaja mempengarughi majoriti kehidupan kita, bahaya kalau emosi tak dikawal dengan betul tau~
4. Kalau macam tu bila boleh bercinta?
Sabar ...... lebih elok study dulu, bila dah ada kerjaya dan kewangan stabil boleh bercinta. Kalau boleh, gi meminang terus, takyah lambat-lambat sangat. Lagipun tujuan kita bercinta adalah untuk menjadikan pasangan kita itu sebagai pasangan yang sah di sisi agama. Haha~ so bagi jejaka-jejaka malaya, belajar rajin-rajin, dapat gaji tinggi. Kompem mak mentua korang rasa sayang nak tolak menantu yang boleh jamin masa depan anak dia, tak gitu?
Ok, itu dari pandangan akulah. Tidak wajar pelajar sekolah bercinta, sebab akan bawa banyak keburukan. Kalau ada yang nak argue dan bangkang-bangkang cakap aku punya 'tulisan perasan bagus' tak betul dan patut dimasukan kedalam sampah. That's okay, i don't mind. Sebab ni semua apa yang aku fikir dan nak luahkan pandangan aku. So Chao~
Sincerely, eQin.
*Baru check in ke bumi. Jadi bahasa digunakan adalah rojak. Harap maklum.
p/s:kalau yang tengah bercinta takyah lah putus dulu. Menangis pasangan korang nanti, dan tak pasal-pasal ada demonstrasi di depan rumah aku, mmbangkang entri ni.
No comments:
Post a Comment