Friday, 28 June 2013

Sepatah, dua patah, tiga patah, berpatah-patah Kata....

Assallamuallaikum....

Selamat berkenalan, Aku dengan terujanya hendak memperkenalkan diri. Disebabkan ini entry pertama, harap maafkan sekiranya terdapat kesalahan. ok, aku akan tulis secara random apa yang terlintas dalam fikiran, so sorry kalau tak berapa faham. *Smile innocently.  


1.Nama cukuplah sekadar dikenali sebagai Eqin, 17 tahun (masa bulan 9 ni). 
2.Aku seorang pendiam dan sukar bergaul secara bersemuka dengan orang baru, tetapi aku suka berjumpa dengan orang baru. 
3.Aku pelajar sains tulen, dan subjek kegemaran aku ialah Biology dan Chemistry. 
4.Aku suka semua jenis makanan, tapi aku paling suka tom-yam! (lapar, lapar, lapar)...... 
5.Aku suka menulis dan melukis, tapi anime jelah. kalau nak lukis manusia sebenar, uh..... mustahil? ya, ya, sangat mustahil bunyinya.
6.Aku suka hujan, dan aku sendiri tak tau kenapa.
7. Ada masalah penglihatan sedikit. Aku rabun jauh+silau= cacat?.... kenapa bunyinya seperti menyindir diri sendiri?
8. Dalam family, aku sorang je takda FB. Bukannya aku ketinggalan zaman tau apa, tapi aku rasa sangat bosan dengan benda tu.
9. Aku bercakap bunyi seperti sedang menyindir, walaupun aku tak maksudkannnya.
10. Aku minat Naruto. Aku membesar dengan baca manga dan tengok Anime ni.
11. Minat sangat lagu Utada Hikaru dan Yui!
12. cita-cita? urm, jadi orang berguna....Jawapan cliche.
13. Aku suka nombor ni.... bab masa september, inilah tarikh yang membuatkan aku rasa tua. Additional note: a people who had a phobia for this number are called Triskaidekaphibia
14. Aku seorang yang membosankan. Tapi, kadangkala aku sangat genius sehingga apa yang aku cakap aku sendiri tak faham.
15. Aku ada best friends, tapi aku seorang kawan yang jahat. Bab dalam diam aku rasa diorang cuma kawan biasa. Kenapa? hahaha......... suatu hari aku akan buat entry sal ni... don't worry.
16. Love me, hate me, I never care anyway. 
17. uhhhhhh~ i'm Awesome? yeah, i'm awesome.
18. perlukah list ni mesti genap 20? takpa, aku buat sampai 18 je. cukuplah pengenalan yang panjang ni.

Okay~ for your information, aku tulis semua ni apa yang terlintas dalam fikiran kalau salah aku malas nak tekan button *<---Backspace* tu...... jauh sangat. Haha! ketara betapa malasnya aku ni. Apa-apa pun, aku gembira bab dapat tulis entry pertama. 

Sekian terima kasih,

Sincerely, 
eQin
(Penulis tak berpengalaman)

No comments:

Post a Comment