Warning, kepada sesiapa yang offend/ tersinggung dengan enrti ini haraf maaf. Aku cuma nak suarakan pandangan. Kalau nak argue, guna ruangan comment. kalau tak suka juga, button 'x' kat sebelah kanan telah disediakan.
Okay~ hari ni aku cuma nak comment sepuas hati bab perkara ni aku dah lama pendam. Orang kata tak baik simpan dalam hati lama-lama, boleh jadi penyakit. Jadi aku nak tulis gak..... Perkara first yang aku tak suka dalam facebook...
Status ANNOYING.
Ini reason yang aku harus letak tempat pertama serta di-capslock-kan. Kalau boleh menang award 'The most annoying things' aku akan undi benda ni. Seriously, tak rasa mual baca semua status cam haram ni?
"Saya boleh hidup tanpa oksigen, tetapi saya tak boleh hidup tanpa awak"
and so on..... seriously, aku rasa ramai yang boleh muntah atas keyboard lagi teruk koma on the spot! okay mungkin bunyinya terlalu melebih, tapi tak mustahil. Kalau ye pun nak ber-feeling-feeling sakan, sms je sesama sendiri. Takda kreadit? takpa, gunakan kemudahan surat, selesai masalah. Tapi seriuslah, bukan aku benci, cuma tak suka. Fb ni umum, tak semua suka benda-benda yang couple tulis.... ayat-ayat couple tu semua privasi, lebih elok kalau ber-inbox je.
World War 3 in Fb.
Hohoho~ ni part yang boleh menjahanamkan hari aku. Pernah tak menyaksikan pergaduhan yang epik dalam Fb? fulamak kalau part memaki seseorang, cukup 27 jenis ayat dalam pelbagai bahasa. Tu tak cukup lagi, ni sampai sebut sesuatu yang patut di-censored, tak ke memalukan? Aku malas nak cerita panjang hal ni bab nak cerita pun sakit hati. *kipas muka
Typing... Typing... Typing...
Semestinya kalau chatting kita akan guna short form je untuk memudahkan typing. Tapi kalau sampai guna cam ni....
"Hariey nieyh sa mau pergi skolarchx , mau jumparh budark mintapujisx etowx"
.... Apa motif nak tulis gini? aku rasa lebih menyusahkan bab nak terkial-kial lidah menyebut ayat tu. Kalau rasa typing gini cute, sorry to say, aku lagi sanggup belajar baca tulisan Russia. Mungkin aku je yang tak tahu yang jari dia tu melekat pada huruf-huruf spesifik, jadi terpaksa tekan huruf yang tiada kaitan dengan ayat. Haha!
"HaI SEmuA! SoK kITa PuaSa daH!"
Cukup sekadar soalan "Keyboard awak rosak eh?". Kalau dia tak faham, jalan terbaik ialah buat-buat tak nampak ayat tu. Abaikan demi kesihatan mental anda.
Well that's all, banyak lagi nak tulis tapi aku nak buat homework malam-malam buta ni, Alalala~ so aku hentikan complaint berduyun-duyun ini. siapa yang terasa sakit hati, boleh comment ataupun buat-buat tak pernah baca entri ni. Ok Chow!
Sincerely
eQin
(Dibantu oleh adik aku yang
No comments:
Post a Comment